About Me

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia

Blog Archive

Followers

Wednesday 23 February 2011

ALHAMDULILLAH....

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan berkat dan manfaatnya kami telah berjaya menyiapkan projek ini dalam masa yang telah diberikan. Juga dengan panduan daripada puan pensyarah dan sedikit pertolongan daripada teman seperjuangan. Inspirasi bagi membuat perniagaan ini berkat daripada idea yang dicetuskan daripada NYA dan disampaikan menerusi kami. Seperti terpanggil untuk meneruskan idea ini kami mula mengumpul maklumat yang dikehendaki untuk meneruskan perancangan kami ini. Perniagaan ini jarang diceburi oleh Bumiputera, dan ini mengurangkan jurang persaingan bagi perniagaan kami. Di samping kebanyakan syarikat yang didalam laluan yang sama dengan kami telah lama bertapak dan mempunyai syarikat di serata dunia. Walaupun kurang persaingan di dalam Negara, tetapi persaingan daripada syarikat luar amat membimbangkan. Pun begitu ianya lumrah kehidupan dalam perniagaan, “ no pain, no gain”.
Pelangi Candy menjadi pertaruhan kami dalam perjuangan untuk tugasan bagi semester ini. Syarikat ini berasaskan makanan ringan yang dewasa ini menjadi seperti keperluan kepada semua tidak kira yang muda ataupun yang sudah dewasa. Syarikat ini tidak mempunyai sasaran pasaran yang spesifik kerana kami merasakan ianya hanya akan mengecilkan skop perniagaan kami dari terus berkembang. Syarikat pada dasarnya memulakan operasi dengan penghasilan makanan ringan. Memperkenalkan produk daripada syarikat kami dengan tiga jenis makanan ringan iaitu gula-gula, chewing gum dan chocolate pelbagai perisa.                         

No comments:

Post a Comment